Ahad, 13 Mei 2012

cara mengetahui maksud tersirat disebalik ekor kucing



Mungkin ramai di antara anda yang gemar memelihara kucing di rumah dan sering kali melihat kucing anda berkelakuan pelik tapi tidak tahu apa maksudnya dan apa mahunya bukan?haa, kat sini ada sedikit sebanyak cara admin nak kongsi untuk memahami maksud tersirat di sebalik ekornya..check it out~

p/s:kalo korang nampak kucing korang wat style ekor yg plik faham2 je lar~



4 kategori boss


Boss boleh dikategorikan kepada empat spesis iaitu; Bos Yang Teruk; Bos Yang Elok; Bos Yang Cemerlang; dan Bos Yang Malang.
1. Bos Yang Teruk.
Hanya pandai mengarah dan marah. Dia sendiri tak pandai buat, sebab dia belum pernah buat. Dia dapat jadi bos, sebab ada degree dan sebab dah lama kerja. Kalau orang bawah tanya, dia jawab “tak kan itu pun nak tanya saya”. Sebenarnya dia sendiri tak tahu nak jawab. Namun begitu dia cukup cekap melihat kesilapan orang bawah tapi jarang perasan kerja-kerja yang telah begitu banyak disempurnakan oleh orang bawahnya ..!
2. Bos Yang Elok.
Dia boleh beri tunjuk ajar. Jika orang bawah buat silap, dia akan betulkan. Kalau orang bawah tanya, dia tunjukkan jalan atau cara nak membuatnya. Dia boleh tunjuk, sebab dia dah pernah buat.
3. Bos Yang Cemerlang.
Dia boleh merangsang orang bawah buat kerja tanpa di arah atau di marah. Kalau orang bawah tanya, dia jawab, “buatlah ikut kesesuaian, tanpa melanggar sebarang peraturan. Yang pentingnya objektif organisasi kita yang telah kita persetujui bersama tercapai”.
4. Bos Yang Malang.
Semua kerja dia kena buat sendiri. Anak buah seorang pun tak boleh di harap. Kalau orang bawah tanya, dia terus nangis. Kesian dia !
Soalan ?
A. Apakah spesis boss anda ?
B. Kalau anda adalah boss, apakah spesis yang rasanya sesuai untuk anda?

sumber:nizarazu

cara nak kejutkan org bangun sahur..


Masa puasa ni mesti ramai yang liat nak bangun sahur kan? haha..tapi yang kesiannya yang tukang kejut tu lah..kejut bagai nak rak tapi tak bangun-bangun gak..tapi takpa untuk yang kaki kejut orang tu leh cuba tips ni..
Kalau nak kejutkan orang bangun tidur especially sahur..cam ni antara caranya..
1. Pegang anak jari kiri/kanan sambil tu panggil nama dia perlahan lahan..
2. Sentuh bahu org tidur tu..dan goyangkan perlahan lahan..sambil panggil nama dia…
3. Renjis air kat muka dia…sambil panggil nama dia…
4. Tampar tampar manja pipi dia..sambil panggil nama dia…
5. Tutup kipas/air cond
Tapi kalau still tak ada effect
1. Jerit nama dia kuat kuat…
2. Gigit ibu jari kaki dia..cam antu toyol gigit
3. Simbah air sebaldi…kalau boleh air rendam baju dalam korang
4. Tarik rambut dia sampai jatuh dari tilam
5. Goyang badan dia kuat2 then jerit gempa bumi! gempabumi! tsunami!tsunami!
6. Jerit api! api! api!
7. Letak kfc ke mcd ke xpun ikan patin masak tempoyak yg baru dibeli sebelah hidung dia..bgi ambik bau sikit
Still tak ada effect gak
1. Pergi kat telinga dia…then sebut maa rabbuka! sambil seru nama dia byk kali…
2. Pergi kat dia, baca je surah yaa sin!
Tapi kalau still tak ada effect gak…ni je la cara terakhir
1. Panggil je orang masjid/surau untuk uruskan…kerana tuhan lebih menyayanginya
Sumber : Majalah Gila-Gila

fakta menarik tentang wanita/perempuan


1.Bila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2.Bila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3.Wanita susah untuk mencari sesuatu yang dia benci tentang orang yang paling dia sayangi (karena itu banyak wanita yang patah hati bila hubungannya putus di tengah jalan).

4.Jika seorang wanita jatuh cinta dengan seorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di pikirannya walaupun ketika itu dia sedang bersama dengan lelaki lain.

5.Bila lelaki yang dia cintai merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

6.Wanita memang menyukai pujian tetapi selalu tidak tahu cara menerima pujian.

7.Jika kamu tidak suka dengan gadis yang menyukai kamu setengah mati, tolak cintanya dengan lembut, jangan berkasar dengannya karena ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tidak akan tahu bila dia telah membuat keputusan, dia akan melakukan apa saja.

8.Jika seorang gadis sedang menjauhkan diri darimu setelah kamu tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika. Jika kamu masih ingin menganggap dia seorang kawan, cubalah tegur dia secara perlahan-lahan.

9.Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10.Jangan sesekali beritahu kepada perempuan tentang apa yang membuat mereka langsung merasa tidak berguna.

11.Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12.Bila pertama kali lelaki yang dicintainya sedang memberikan respon positif, misalnya menghubunginya melalui telepon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebenarnya dia akan berteriak kerana gembira dan tak sampai sepuluh minit, semua kawan-kawannya akan mengetahui berita tersebut.

13.Sebuah senyuman memberi seribu arti bagi wanita. Jadi jangan senyum sembarangan kepada wanita.

14.Jika kamu menyukai seorang wanita, mulailah dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu lebih dalam.

15.Jika seorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar, tinggalkan dia karena dia memang tak berminat denganmu.

16.Tetapi jika dalam waktu yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17.Jangan sesekali meneka apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!!

18.Setelah seorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya mengapa aku tidak bertemu lelaki ini lebih awal.

19.Kalau kamu masih mencari-cari cara yang paling romantis untuk memikat hati seorang gadis, bacalah buku-buku cinta.

20.Bila setiap kali melihat foto bersama, yang pertama dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.

21.Bekas kekasihnya akan selalu ada di pikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat yang teristimewa di hatinya!!

22.Satu ucapan ‘Hai’ saja sudah cukup menceriakan harinya.

23.Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24.Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata untuk memikat kawan mereka yang lebih cantik.

25.Cinta berarti kesetiaan, jujur dan kebahagiaan tanpa syarat.

26.Semua wanita menginginkan seorang lelaki yang dicintainya dengan sepenuh hati.

27.Senjata wanita adalah airmata!!

28.Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya memberi surprise buatnya (hadiah, bunga atau sekadar kata-kata romantik). Mereka akan terharu dan merasakan bahwa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini dia tidak akan ragu-ragu terhadapmu.

29.Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang memberi perhatian padanya dan baik terhadapnya. So, kalau ingin memikat wanita pandai-pandailah.

30.Sebenarnya mudah mengambil hati wanita karena apa yang mereka inginkan hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

Sabtu, 12 Mei 2012

soalan paling susah?serios blur and fail


Dalam dunia ni, sebenarnya ada benda yang kita tahu kadang kala tak di ketahui oleh orang lain dan ada benda yang kita tak tahu tapi diketahui orang lain.. normal la tu, jadi kita saling memerlukan antara satu sama lain.. tapi kalau soalan macam ni?? tengok gambar bawah ni

Ada yang tak tahu ke? Mungkin fikiran dia terganggu kot nak jawab soalan ni.. kesian, tengok muka pun dah tahu memang tengah blur.. hahaha

rahsia air sejuk dan ais yg jarang diketahui


- Orang yang tidur dalam udara yang sejuk dan berselimut untuk memanaskan tubuhnya adalah kombinasi yang baik untuk menjaga kesihatan secara menyeluruh dalam jangka masa pendekapatah lagi jangka panjang.

- Liputan ais di Antartika ( daerah Kutub Selatan) dan Artik ( daerah Kutub Utara ) adalah pengimbang dasar bumi yang amat panas.

- Kombinasi dalam bumi yang panas dan luaran bumi yang sejuk adalah rahsia keseimbangan tekanan semula jadi alam yang mengawal graviti dan pergerakan bumi pada paksinya .

- Ais atau air sejuk dapat mengembalikan memori atau sifat pelupa yang keterlaluan.

- Ais amat diperlukan mana – mana atlet dalam kecederaan yang tidak disangka – sangka.

Air sejuk atau ais kini dijadikan bahan perencat kepada kecederaan yang akut
seperti demam panas yang biasanya dihidapi bayi yang mempunyai potensi menghidapi penyakit sawan .

Air sejuk adalah terapi yang amat popular sebagai penguat tulang yang patah dengan syarat ia dibalut dengan kain hitam .

Air sejuk dalam rahsia cuka adalah sangat baik untuk menguatkan tulang yang patah kerana ia dapat menyembuhkan tulang dengan lebih cepat.

- Air suam dengan rahsia cuka yang diminum akan melemahkan dan mengecutkan sistem aliran darah yang
menjadi penyebab utama terjadinya lumpuh.

- Makruh mengambil air sembahyang ( wuduk ) pada suhu yang tinggi atau yang terkena panas cahaya matahari yang pasti akan mengganggu sistem deria pada kulit .
- Air sejuk secara psikologinya amat ditakuti pesakit yang mengalami gangguan jin atau dikuasai unsur spiritual yang jahat .

- Air sejuk mempunyai nada bunyi dalam tekanan rendah yang amat lembut lagi mengharmonikan.

- Air sejuk juga dipercayai dapat menguatkan tulang bayi .

- Air sejuk akan meningkatkan sistem imunyang luar biasa sebagai tenaga pencegahan pelbagai penyakit alahan dan jangkitan.

- Air sejuk dalam rahsia ais memegang rahsia kepadatan molekul kristal yang paling keras iaitu intan .

- Air sejuk adalah kuasa penyerap yang amat sesuai dijadikan sistem penghantaran tenaga yang paling cekap sehingga ke dasar sel yang jauh dan menyeluruh.

- Air sejuk mempunyai daya rangsangan yang boleh mengembalikan semangat yang sudah hilang bagi mereka yang pengsan, gila dan koma untuk kembali sedar.

- Mandi air sejuk akan menguatkan tulang . Tulang yang berlebihan dengan asid urik akan meningkatkan suhu tulang.

- Air sejuk lebih stabil molekul atomnya.

- Air sejuk lebih peka kepada gelombang frekuensi rendah yang dirakamkan melalui niat dalam amalan berwuduk.

- Air sejuk sesuai dijadikan air penawar kepada orang yang ingin merakamkan bunyi dalaman yang disertai dengan rasa kasih sayang dan keikhlasan.

- Air kelapa muda bersifat sejuk dan amat baik untuk kesihatan kerana ia berkesan untuk meneutralkan kesan keracunan dan keasidan yang berlebihan di dalam aliran darah. Tubuh secara semula jadi bersifat panas dan ia memerlukan pasangan yang bersifat sejuk.

- Oksigen dan hidrogen bersifat panas dan ia menguasai bahagian perut. Menjadi suatu kesalahan memulakan amalan pemakanan di waktu pagi dengan unsur yang panas. Minumlah seteguk air sejuk pada awal pagi kerana ia akan menguatkan perut .


Rating: 7.0/10 (3 votes cast)

nama jenama kereta (lawak yg x brape nk lwk)


Dalam zaman yang serba moden ni..banyak rahsia-rahsia yang tidak pernah di selongkar kita antaranya Kenderaan 2 alam yang akan kita selongkar begitu juga dengan makna-makna di sebalik jenama kereta ni.nak tahu? cepat baca entri ni..eekke see more..

BMW : Brings Me Women

LEXUS : Luxury EXports to United States

FORD : For Only Romantic Drivers

HYUNDAI : Hope You Understand Nothing’s Drivable And Inexpensive

VOLVO : Very Odd Looking Vehicular Object

PORSCHE : Proof Of Rich Spoiled Children Having Everything

KIA : Kills In Accidents

TOYOTA : The One You Only Trust Always

PROTON : Powerwindow Rosak Oooh Tidaaakkk Ohhhh Noooooo


P/s : Hanya gurauan semata-mata.. jangan amik serius naa :) antara banyak2 ni,mana satu pilihan korang?? ekeke


sumber:nizarzu

kalau binatang ade fb



Jangan ingat manusia je ada facebook, binatang pun ada kot.. tapi kalau ada mungkin status kat fb dorang macam ni..:p

Cicak : Tuan rumah baru beli reket elektrik, gua kenduri nyamuk BBQ mlm nih…

Nyamuk : Baru habis ronda rumah Ajoi… kenyang burp, Alhamdulillah…

Aedes : Baru jer selamat bagi injekan maut, yeah!!!

Ayam : Tidaaaaaaaaaaaak, Besok majikan gua mau buat kenduri kesyukuran, gua mau di sembeliiiiihhh!…

Cicak : isteriku tersepit pintu

Kucing Betina : “Anak i yang ke-5 baru tanya siapa bapaknya. I bingung nak jawab apa. I sendiri lupa bapaknya siapa.”

Ayam : Kawan2…kalu esok guwe tak update…bererti guwe udah di goreng….I luv u all… jangan luper wat kenduri arwah untuk I yaa…

Nyamuk : Siot, sekali drug addict gua hantam. Gua positif HIV AIDS… uwaaaaaaa

Cicak Mau ke ke bilik air anak tuan rumah jap … baru beli videocam baru …

Kucing : Baru je add awek sebelah umah… keturunan PARSI beb!!!


Tikus : Operasi malam ni… selongkar kitchen kabinet… sape nak ikot?


hahhahaha , ada lagi nak tambah tak? ekeke


pemegang anak kunci kaabah


Hanya terdapat sebuah pintu untuk memasuki Kaabah dan ia dikatakan diperbuat daripada emas tulen seberat 8 tan(8,000 kilogram).

Pintu Kaabah itu pula hanya boleh dibuka oleh pemegang kunci dari Bani Syaibah. Menurut sejarah Islam, apabila Nabi Muhammad SAW meninggalkan Mekah kerana berhijrah ke Madinah, Mekah dikuasai oleh Bani Syaibah.
 Pada tahun ketujuh Hijrah, berlaku perang pembukaan kota Mekah yang dimenangi tentera Islam. Berikutan itu, Saidina Ali diarahkan supaya mengambil kunci itu daripada Bani Syaibah, malangnya pintu Kaabah tidak dapat dibuka walaupun menggunakan anak kunci yang sama.

Anak kunci itu kemudian dipulangkan kepada Bani Syaibah atas perintah Allah SWT menerusi ayat 58, surah An-Nisa’ yang mafhumnya, ‘Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya‘.

Pada masa itu, Bani Syaibah belum memeluk Islam. Tindakan Rasulullah memulangkan semula kunci Kaabah itu membuka hati ketua Bani Syaibah untuk memeluk Islam diikuti semua pengikutnya.

Keturunan Bani Syaibah telah diamanahkan untuk memegang kunci Kaabah sehingga hari ini.

sumber:nizarazu.com

taman tema angry birds yang sebenar


Rasanya permainan Angry Bird ni tidak perlu diperkenalkan lagi, rasanya semua tahu. Dari anak kecil hingga orang dewasa rasanya semua tahu akan permainan ini, memang sangat terkenal!
  Sejak diperkenalkan pada tahun 2009, permainan ini telah dimuat turun lebih kurang 700 juta kali. Banyak bukan? Oleh kerana permainan ini dimainkan ramai orang di seluruh dunia, pihak Rovio iaitu pembangun permainan Angry Bird ini telah membuka Taman Tema Angry Bird yang sebenar di Tampere, Finland. Jom tengok gambar taman tema ini..Dipetik dari Nizarazu.com







 Memang kreatif dan menarik.Dikatakan jika taman tema ini mendapat sambutan hangat, pihak pembangun permainan ini iaitu ROVIO bercadang membuka lebih banyak taman tema di seluruh dunia..